MISI BERMULA -Latihan Industri-



Assalamualaikum darling semua... whats up girl? ada yang marah tak dengan entry lepas? hope not la kan, sebab dia ada mention, "ahh, ikut suka dia la"..haha... no wonder lah kan... 



Ok, apa yang terbaru? hurm, dilema latihan industri...kat mana nak apply, macam mana nak apply, apa kena buat...waaaaa, banyak sesangat kena fikir.. Cv, Resume, Cover Letter, kena buat sendiri... letih nak ingat result lepas-lepas..carik balik dalam fail, untung badan jumpa la balik..hehe...

-tapi, sape nak ambik saya?-

Seriously, saya tak tahu nak buat LI kat mana...sebelum cuti semester, lec ada cakap suruh cari tempat yang kitorang berminat, so we all pun cari la... ada la yang dapat, tapi kebanyakan nya cuma kat jabatan-jabatan kerajaan yang kecil, means cawangan la...saya sendiri pun ada apply dekat company event, tapi memang kecik je la company tu.. tup-tup masuk semester baru, lecturer adakan briefing tentang LI..hah, nak tahu camne lec kata?

1) jabatan-jabatan kecil fakulti tak benarkan, kalau boleh, cari yang lebih besar, means kementerian or syarikat korporat.

2) syarikat yang dipilih mestilah mempuanyai lebih daripada 10 orang pekerja/staf.

3) tempoh masa yang diberi hanya sebulan, sebelum bulan 4, saya nak semua dah ada tempat untuk LI

4)kamu buat lah macam mana cara sekalipun, pergi dekat company tu ke, email resume or CV ke, telefon ke, asalkan surat maklum balas di cop dan disahkan..

Weyyy,, saya dah cuak la... sebulan, mana cukup...Dr Aisyah memang kasi kitorang tak senang duduk la... nak hantar permohonan tu, memang la boleh, takde hal... nak tunggu jawapan tu je la yang perit sesangat... kalau dapat, Syukur Alhamdulullah... kalau tak dapat? mau menangis saya nanti... doakan saya eh.. amin...

Bila Dr Aisyah kata camtu, bermula la misi mencari tempat... dah panas mata, tiap malam asyik duk kacau pak cik Google je... pak cik, tolong la kitorang...haha....buang tabiat daaa... 
saya fokuskan 5 tempat,,, dalam senarai ada 10 tempat, tapi kita fokuskan 5 tempat dulu ek...
ok, tengok bawah..

1) Yayasan Sime Darby
2) Yayasan Chow Kit (caretaker)
3) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)
4) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
5) Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Semua tempat ni area KL.. saya pilih KL sebab kakak tinggal kat sana, public transport sangatlah dekat, dan saya boleh jumpa abang...hehehe... yang last tu bukan lah, sebab nya saya tak nak praktikal kat terengganu... hisyyss,,, tak berkembang langsung.... nak jugak pergi jauh-jauh sikit kan..so, hari ni nak poskan surat kat semua tempat kat atas tu... 












Ada yang cakap, kalau apply kat swasta, english mesti top..hurm, mungkin la kot, tapi tak salah mencuba kan... mana tahu, ada rezeki kat sana...  pilihan pertama, yes, dekat Yayasan Chow Kit sebab bahagian Caretaker... sangat lah relate dengan bidang saya,,, kerja sosial, dan juga dasar awam..  

Ramai yang tak faham, apa yang saya belajar sebenarnya kat UMT ni.. hurm, lec dah banyak kasi briefing, banyak kali da sebut... bila orang tanya, jawab macam ni ya..

" bidang saya multi dicipline, banyak cabang... tapi lebih kepada dasar awam dan juga kerja sosial.. biasanya saya akan masuk ke bahagian HR, dan juga admin (pengurusan). walaupun saya belajar bahagian dasar awam, tapi saya juga belajar ekonomi, kewangan awam dan juga perubahan dalam industri. "

-sedikit pening kan dengan penjelasan kat atas, tapi kitorang cuba yang terbaik untuk dapat yang terbaik..-

kalau dekat Yayasan Sime Darby, saya tak menaruh harapan sangat,..yelah, bukan calang-calang tempat...result saya takde la gempak sangat, setakat cukup makan jer.. tapi cyba jugak..harap-harap ada rezeki tahun baru kan.. best of luck ya...
ada lagi 3 tempat yang saya nak apply, tapi still dalam proses... malam ni nak kacau pak cik Google lagi, mintak ampun ya,...selagi tak dapat tempat, lagi tu la saya kacau pak cik..haha..

Saya akan hantar seberapa banyak yang boleh, sebab saya takut nanti takde company yang respon, mati katak nanti takleh grad...waaa,, ku dah cukup tersiksa belajar 3 tahun ni..xnak tambah setahun lagi.... nak kawen nak kawen....haha...

rasanya dah cukup entry untuk terangkan apa yang saya buat untuk dapatkan tempat di company-company swasta..
sedikit susah, dan saya akan berusaha sehingga saya dapat... doakan kami untuk terus berjaya...


wif love -nurika-

DONE XOXOXO

No comments:

Our Song Sayang...Ijaqika...